Wednesday 14 March 2012

Muhasabah Menghindari Maksiat

Salah satu cara utk menghindari maksiat ialah dengan sentiasa bermuhasabah . Apa maksud muhasabah ?? Muhasabah ialah suatu tindakan yang penuh teliti terhadap segala tingkah laku agar tidak  mendatangkan kemurkaan Allah . Jadi, setiap orang yang beriman wajib melakukan muhasabah atau memperbaiki diri dalam setiap tindakan agar sifat tercela tidak bersarang di dalam hatinya . Firman Allah dalam surah al-Mujahadah ayat 6 yg bermaksud : " Pada hari ALLAH membangkitkan mereka , lalu dikhabarkan-NYA apa2 yng telah mereka kerjakan . ALLAH telah menghitungnya tetapi mereka melupakannya .ALLAH menjadi saksi atas setiap sesuatu" . Firman ALLAH dlm surah al-Qasas ayat 77 yang bermaksud :"Dan jgnlah kamu membuat bencana atas muka bumi ini . Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang yang membuat bencana . Muhasabah perlu disusuli dgn sifat membersihkan diri , jiwa dan pemikiran , menerima nasihat serta sentiasa memohon petunjuk dan hidayah di samping memohon keampunan ALLAH . Kesimpulannya , muhasabah memainkan peranan penting dalam kehidupan orang yang beriman kerana ia dapat meningkatkan tahap keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH dgn sentiasa memelihara diri drpd berbuat sebarang kemungkaran dan larangan ALLAH S.W.T ...  WALLAHUA`LAM ... =) 

Friday 13 January 2012

 
 
buat sume follower ..... 
taon nie kitorg berlima da nk PMR ...
da tak lama dah ....
nervous ...
takot ...
sume tu menghantui kalbu kitorg ....
doakan yg terbaek buat kitorang erk ...

:) 

#nk cpai target ni bukan mudah ... perlu bnyak usaha yang mengiringi ...









Sunday 1 January 2012

Bukti Keajaiban Selawat

 
 
Rasulullah bersabda yang bermaksud :
"SESIAPA MEMBACA SELAWAT SEPULUH KALI PADA PAGI HARI DAN SEPULUH KALI PADA 
WAKTU PETANG , MAKA IA AKAN MEMPEROLEHI SYAFAATKU PADA HARI KIAMAT "

(Riwayat al-Tabarani daripada Abu Darda' r.a )


Andai Kasihkan Rasulullah , Ucapkan Selawat .

 
 
Tempat dan waktu dianjurkan selawat :- 



1. Sesudahnya laungan azan 
2. Ketika hendak masuk dan keluar masjid 
3. Dalam solat jenazah
4. Dalam takbir-takbir raya 
5. Sewaktu membaca tahiyat ( tasyahud ) akhir dalam solat 
6. Pada awal dan akhir bacaan doa 
7. Pada malam dan siang hari Jumaat 
8. Dalam khutbah dan semasa bacaan qunut 
9. Ketika orang menyebut nama Rasulullah s.a.w 
10. Tiap pagi, petang , ketika mengadakan majlis ceramah , ketika susah , sakit dan lain-lain




Sentiasa lah kita mengikut sunnah Rasulullah s.a.w ktika kita msih diberi peluang untuk menikmati kehidupan dengan sempurna bersama iman dan taqwa .,.... Amin Ya Rabbal `Alamin ...





Friday 30 December 2011

Sahabat Sejati

 
 

CIRI-CIRI SAHABAT SEJATI


Jika kau berbuat baik kepadanya, maka dia juga akan melindungimu;

Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka dia akan membalas balik persahabatanmu itu;

Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka dia akan berusaha membantu sesuai dengan kemampuannya;

Jika engkau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka dia akan menyambut dengan baik;

Jika dia memproleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka dia akan menghargai kebaikan itu;

Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka dia akan berusaha menutupinya;

Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka dia akan mengusahakannya dengan sungguh-sungguh;

Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), maka dia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi;

Jika bencana datang menimpa dirimu, maka dia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu;

Jika engkau berkata benar kepadanya, niscaya dia akan membenarkanmu;

Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati dia akan membantu rencanamu itu;

Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih faham, nescaya dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga hatimu...


Imam Al-Ghazali

 

Wednesday 28 December 2011


ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud : 

" DAN APABILA HAMBA-KU BERTANYA KEPADAMU MENGENAIKU , SESUNGGUHNYA AKU TERLALU HAMPIR . AKU PERKENANKAN DOA ORANG YANG MEMINTA PABILA IA BERDOA KEPADA-KU " 

(Surah Al- Baqarah 2 : 186)