Thursday 2 February 2012

Ya Allah , jauhkan aku daripada sifat mazmumah (tercela)



 
1. Gemar makan dan minum 
  •      sesiapa yang kekenyangan akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat .
2. Banyak berkata-kata (yang sia-sia)
  • bencana lisan merangkumi mengumpat , menghina , berdusta dan bertengkar . 
3. Marah
  • Berpunca  daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan . Ia juga didorong oleh pengaruh syaitan . 
4. Hasad , dengki , dan iri hati
  •  Lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain 
5. Kasih pada harta
  • Tiada salah memiliki kemewahan , tetapi jika bersikap bakhil , tamak dan membazir itulah yang dibenci oleh islam .
6. Takbur
  • Antara sebab takbur ialah keturunan (tinggi) , kekuasaan , kecantikan , kekayaan , kepandaian , pengaruh dan kuat beribadat (menunjuk-nunjuk) 
7. Riyak
  • Sifat untuk menarik pandanagn orang lain dengan menampakkan pelbagai amalan baik semata-mata inginkan pujian . 
8. Ujub
  • Sifat bangga diri dengan keistimewaan yang ada pada diri seperti kecantikan , kepandaian, kekayaan dan lain-lain . 
9. Kasih akan dunia
  • Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takut mati  .





No comments:

Post a Comment