Wednesday 14 March 2012

Muhasabah Menghindari Maksiat

Salah satu cara utk menghindari maksiat ialah dengan sentiasa bermuhasabah . Apa maksud muhasabah ?? Muhasabah ialah suatu tindakan yang penuh teliti terhadap segala tingkah laku agar tidak  mendatangkan kemurkaan Allah . Jadi, setiap orang yang beriman wajib melakukan muhasabah atau memperbaiki diri dalam setiap tindakan agar sifat tercela tidak bersarang di dalam hatinya . Firman Allah dalam surah al-Mujahadah ayat 6 yg bermaksud : " Pada hari ALLAH membangkitkan mereka , lalu dikhabarkan-NYA apa2 yng telah mereka kerjakan . ALLAH telah menghitungnya tetapi mereka melupakannya .ALLAH menjadi saksi atas setiap sesuatu" . Firman ALLAH dlm surah al-Qasas ayat 77 yang bermaksud :"Dan jgnlah kamu membuat bencana atas muka bumi ini . Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang yang membuat bencana . Muhasabah perlu disusuli dgn sifat membersihkan diri , jiwa dan pemikiran , menerima nasihat serta sentiasa memohon petunjuk dan hidayah di samping memohon keampunan ALLAH . Kesimpulannya , muhasabah memainkan peranan penting dalam kehidupan orang yang beriman kerana ia dapat meningkatkan tahap keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH dgn sentiasa memelihara diri drpd berbuat sebarang kemungkaran dan larangan ALLAH S.W.T ...  WALLAHUA`LAM ... =) 

No comments:

Post a Comment