Wednesday 28 December 2011

Andainya Rasulullah Masih Ada..........(INGIN SEKALI MENDENGAR GURAUANNYA)

KISAH 1 : Anas bin Malik r.a berkata : " Suatu hari , Zahir-seorang lelaki kampung ( Badwi) , memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah S.A.W . Rasulullah pun membungkusnya ketika hendak pulang . Baginda berkata kepada sahabat yang lain " Zahir ialah seorang Badwi yang merupakan sebahagian dari kita , dan kita pula adalah orang kota yang akan selalu menyayanginya " . Rasulullah S.A.W sendiri sangat  menyenangi Zahir , wlaupun Zahir tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan .
         Suatu ketika Rasulullah s.a.w mengahmpiri Zahir yang sedang menjual barang dagangan . Baginda terus mendakap Zahir dari belakang . Zahir yang tidak dapat melihat orang yang mendakapnya pun berkata , " Siapa ini ? Lepaskan aku ! " Setelah itu , Zahir pun sempat menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya itu ialah Rasulullah s.a.w . Dengan itu , Zahir membiarkannya agar dapat didakap terus oleh insan agung yang terpilih , Rasulullah berkata , "Siapakah yang hendak membeli budakini ? "

- Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad








Izan , marilah sama-sama mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w .
Baginda mempunya akhlak yang sungguh terpuji " Makaarimul Akhlak" ....
Diharap kita semua dapat mencontohi akhlak -akhlak Baginda dan mempraktikkan
sunnah-sunnah baginda yang telah diwariskan kepada kita ....



No comments:

Post a Comment