Wednesday 28 December 2011

YA ALLAH , LAPANGKAN DADAKU IKHLAS MEMBANTU SAHABATKU

Assalamualaikum and selamat pagi buat semua ....

Daripada Abi Hurairah R.A meriwayatkan daripada Nabi S.A.W , Baginda bersabda yang bermaksud : " Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang Mukmin , maka ALLAH akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya . Sesiapa memudahkan orang yang sedang dilanda kesulitan , maka ALLAH akan memudahkannya di dunia dan akhirat . Sesiapa menutup aib seorang Muslim , maka ALLAH akan menutup aibnya di dunia dan akhirat . ALLAh menolong hamba-NYA selama hamba itu menolong saudaranya . Sesiapa menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu , maka ALLAH akan memudahkan baginya jalan menuju syurga . Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah ALLAH dengan membaca kitab ALLAH dan mempelajarinya bersama-sama , kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka , malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang disisi-NYA , dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya , maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya . "

No comments:

Post a Comment