Friday, 13 January 2012
Sunday, 1 January 2012
Bukti Keajaiban Selawat
Andai Kasihkan Rasulullah , Ucapkan Selawat .
1. Sesudahnya laungan azan
2. Ketika hendak masuk dan keluar masjid
3. Dalam solat jenazah
4. Dalam takbir-takbir raya
5. Sewaktu membaca tahiyat ( tasyahud ) akhir dalam solat
6. Pada awal dan akhir bacaan doa
7. Pada malam dan siang hari Jumaat
8. Dalam khutbah dan semasa bacaan qunut
9. Ketika orang menyebut nama Rasulullah s.a.w
10. Tiap pagi, petang , ketika mengadakan majlis ceramah , ketika susah , sakit dan lain-lain
Sentiasa lah kita mengikut sunnah Rasulullah s.a.w ktika kita msih diberi peluang untuk menikmati kehidupan dengan sempurna bersama iman dan taqwa .,.... Amin Ya Rabbal `Alamin ...
Friday, 30 December 2011
Sahabat Sejati
CIRI-CIRI SAHABAT SEJATI
Jika kau berbuat baik kepadanya, maka dia juga akan melindungimu;
Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka dia akan membalas balik persahabatanmu itu;
Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka dia akan berusaha membantu sesuai dengan kemampuannya;
Jika engkau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka dia akan menyambut dengan baik;
Jika dia memproleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka dia akan menghargai kebaikan itu;
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka dia akan berusaha menutupinya;
Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka dia akan mengusahakannya dengan sungguh-sungguh;
Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta), maka dia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi;
Jika bencana datang menimpa dirimu, maka dia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu;
Jika engkau berkata benar kepadanya, niscaya dia akan membenarkanmu;
Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati dia akan membantu rencanamu itu;
Jika kamu berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih faham, nescaya dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga hatimu...
Imam Al-Ghazali
Wednesday, 28 December 2011
Andainya Rasulullah Masih Ada..........(INGIN SEKALI MENDENGAR GURAUANNYA)
KISAH 1 : Anas bin Malik r.a berkata : " Suatu hari , Zahir-seorang lelaki kampung ( Badwi) , memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah S.A.W . Rasulullah pun membungkusnya ketika hendak pulang . Baginda berkata kepada sahabat yang lain " Zahir ialah seorang Badwi yang merupakan sebahagian dari kita , dan kita pula adalah orang kota yang akan selalu menyayanginya " . Rasulullah S.A.W sendiri sangat menyenangi Zahir , wlaupun Zahir tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan .
Suatu ketika Rasulullah s.a.w mengahmpiri Zahir yang sedang menjual barang dagangan . Baginda terus mendakap Zahir dari belakang . Zahir yang tidak dapat melihat orang yang mendakapnya pun berkata , " Siapa ini ? Lepaskan aku ! " Setelah itu , Zahir pun sempat menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya itu ialah Rasulullah s.a.w . Dengan itu , Zahir membiarkannya agar dapat didakap terus oleh insan agung yang terpilih , Rasulullah berkata , "Siapakah yang hendak membeli budakini ? "
- Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad
Izan , marilah sama-sama mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w .
Baginda mempunya akhlak yang sungguh terpuji " Makaarimul Akhlak" ....
Diharap kita semua dapat mencontohi akhlak -akhlak Baginda dan mempraktikkan
sunnah-sunnah baginda yang telah diwariskan kepada kita ....

YA ALLAH , LAPANGKAN DADAKU IKHLAS MEMBANTU SAHABATKU
Assalamualaikum and selamat pagi buat semua ....
Daripada Abi Hurairah R.A meriwayatkan daripada Nabi S.A.W , Baginda bersabda yang bermaksud : " Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang Mukmin , maka ALLAH akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya . Sesiapa memudahkan orang yang sedang dilanda kesulitan , maka ALLAH akan memudahkannya di dunia dan akhirat . Sesiapa menutup aib seorang Muslim , maka ALLAH akan menutup aibnya di dunia dan akhirat . ALLAh menolong hamba-NYA selama hamba itu menolong saudaranya . Sesiapa menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu , maka ALLAH akan memudahkan baginya jalan menuju syurga . Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah ALLAH dengan membaca kitab ALLAH dan mempelajarinya bersama-sama , kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka , malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang disisi-NYA , dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya , maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya . "

Subscribe to:
Posts (Atom)